sedang menggoyangkan bontot

cinta

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa pederitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dedam. Dimana ada cinta, di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar, dan dua mata untuk melihat. Tetapi kenapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita ? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mecarinya. Itulah namanya cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi.. "saya air mata seorang gadis yang mencintai seorag lelaki tetapi telah kehilangannya. siapa kamu pula ? ", jawab titis air mata kedua itu, " saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja " 

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata " aku turut bahagia untukmu "
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada disisi kita.
Perasaan cinta itu dimuali dari mata sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Tetapi apabila kamu menutup mata dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang kita sayang sehingga dia meninggal dunia, lataran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya.

Mugkin tuhan menginginkan kita kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membagkitkan semangat.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Tuhan ciptakan 100 bahagia kasih sayang, 99 disimpan disisinya, dan hanya satu 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu itulah, makhluk saling berkasih sayang.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turundari langit, bersih dan suci. cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain. tetapi jika ia jatuh ke atas tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi.
cinta bukanlan kata murah da lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika tidak berombak. bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memeng mudah, utuk dicintai juga mudah. tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu adalah sukar untuk diperolehi.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulalah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

No comments:

Post a Comment