sedang menggoyangkan bontot

Indahnya Bertutup :)

Salam, Hai, Hello :)

Bertutup itu panas ? merimaskan ?? terhad untuk berfashion.. kampung lah, tak de classlah and macam-macam lagi.. 
Itu dlu... maybe, mateliti orang dulu-dulu..
Wallahualam..

Even saya, sebelum "bertutup" rasa nanti rambut rosak (disebabkan rebonding , curly yang baru buat ) nanti susah nak sesuaikan baju, nanti muka berbelang anddd kena pilih jenis baju yang bersesuaian.. Memang leceh sangat-sangat...
Lagi pun tak up to date lah kalau bertudung.. Nanti nampak macam kampung sangat =.=

Ya Allah, rasa naifnye lah dulu...
Sebab 2 selalu on off on off..
tapi bila dah bertutup ???
Indahnya bilah dah bertutup, MasyaAllah..
Indah yang tak boleh diungkap dengan kata-kata..
Sesungguh nya Agama Islam dah menetapkan syarat-syarat untuk wanita bersebab semua itu..
Dia tahu apa yang akan terjadi pada Makhluknya akan sesuatu perkara..
Allahuakbar..

Sekarang baru saya tahu makna indahnya bertutup..
" bukankah yang indah itu lebih terjaga dari sebarang perkara-perkara yang negatif dari sebarang fitnah "
MasyaAllah !

Bila saya kenangkan balik, seakan mahu flashback balik zaman dulu yang sangat naif..
Tapi apakan daya, itu semua sangat mustahil.
Bila dah mula "bertutup" lagi ramai mengata..

"ala, pakai jew tudung nak tutup la tu dari buat jahat"
ala, setakat kau tutup tapi solat pun tak jaga tak guna jugak"
"ala, setakat pakai tudung tapi peranga macam @#$%& buat apa "
" ala... bertudung nak ikut fashion la tu "
" pakai tudung tapi pakaian ?? "
macam-macam orang akan cakap bila orang yang tak bertutup nak bertutup.

Siapalah kita sebagai HambaNya yang nak menghukum HambaNya
Siapalah kita yang nak menilai seseorang itu sedangkan kita pun CiptaanNya
Sebab tulah DIA jadikan kejadian manusia dengan sepasang mata, sepasang telinga dan hanya SATU mulut..
kerana... sesungguhnya Allah tahu apa yang berlaku jika dikurniakan manusia dengan sepasang mulut.. kerana mulut lebih TAJAM dari sebilah pisau.. Itu perumpamaan orang dulu..
memang betul semua tu kan... Sedangkan manusia boleh berpecah belah, manusia boleh menabur fitnah, manusia boleh tikam belakang kawan baik sendiri, manusia boleh mencaci, mengeji... mengutuk..

Saya bukanlah yang layak untuk membuat entry ini.. Tapi terdetik dihati untuk berkongsi apa yang pernah saya lalui.. Saya juga dalam proses untuk menjadi muslimah sebenar.. Peringatan untuk diri sendiri juga. Tak ada manusia yang sempurna.. Saya juga masih belum sempurna, tapi bersyukur dengan apa yang ada..Tak semua orang bertudung baik dan tak semua orang yang tak bertudung jahat...

Pada mereka yang ingin mula bertudung, teruskanlah niat anda.. Takut "niat" itu hanya datang sekali dan tak akan kunjung-kunjung lagi
Wallahualam :)




Ya Allah, Mengapa Wanita Sering Menangis ??

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahu nya untuk menjaga
anak-anak nya,
Ku lembutkan hati nya untuk memberi rasa 
aman,
KU kuatkan rahim nya untuk menyimpan 
benih manusia,
KU teguhkan peribadi nya untuk terus 
berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam 
keadaan apapun,
KU kuatkan batin nya untuk tetap menyayangi 
walau dikhianati oleh teman, walau di sakiti oleh 
orang yang dia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia 
menangis itu kerana KU beri dia air mata 
untuk membasuh luka batin dan memberi 
kekuatan baru. 



"WANITA.... KAMU ISTIMEWA" :)

Sahabat

Sahabat..
Saat suka dan duka
Saat tangis dan tawa
Biar pun hari dimamah usia
Kau masih tetap setia..

Sahabat..
Walaupun kita hidup bersendiri
Tetapi kau sentiasa di sisi
Memberi semangat dan motivasi
Untuk meneruskan hidup ini..

Sahabat..
Pengorbananmu tiada terhingga
Kasih sayangmu tiada akhirnya
Kaulah insan yang paling istimewa
Dihatiku untuk selamanya..

Sahabat..
Doaku agar engkau menjadi sahabatku
Keakraban yang terjalin
Keintiman yang tercipta
Kesempurnaan yang nyata

Bukan sekadar ucapan
Bukan sekadar nukilan
Bukan jua sekadar luahan..

Hakikatnya persahabatan ini dipenuhi pelangi keriangan,
Keikhlasan resepinya
Kesetiaan ramuannya..

Duhai sahabat..
Sedarlah bahawa
Hanya engkau pendengar setia
Hanya engkau pengisi jiwa
 Ku panjatkan seribu kesyukuran 
Atas kehadiranmu dalam hidup ku..

TERIMA KASIH NURHABIBAH